Jasamu Dikenang, Budimu Tak Terbilang : Majlis Perpisahan & Penyampaian Sumbangan Kebajikan JBSNPP 

Gelugor, 10 April 2026 - Bertarikh pada 9 April 2026, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan majlis khas bagi menghargai jasa dan sumbangan dua pegawai yang akan memulakan tugas di tempat baharu. Majlis perpisahan penuh bermakna ini diraikan buat Puan Hajah Natrah binti Esa, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara bakal bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Manakala Encik Imran Syafik Bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Belia) bakal bertukar ke Kolej Komuniti Langkawi, Kedah.

Selain sesi lambaian kasih, JBSNPP juga mengambil kesempatan ini untuk mengukuhkan ukhuwah sesama kakitangan melalui Penyampaian Sumbangan Kebajikan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah JBSNPP, Encik Muhamad Hafizi bin Ahmad Zaini kepada penerima-penerima yang merangkumi : Sumbangan Simpati: Buat kakitangan yang kehilangan atau kematian ahli keluarga. Kecemerlangan Pendidikan: Penghargaan buat anak-anak kakitangan yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025 dan Cahaya Mata Baharu: Meraikan kakitangan yang baru menerima kehadiran ahli keluarga baharu.

Seluruh warga JBSNPP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hajah Natrah Binti Esa dan Encik Imran Syafik Bin Ahmad atas segala khidmat bakti sepanjang di Pulau Pinang. Semoga terus cemerlang di tempat baharu!

#JBSNPP
#KBSMalaysia
#JasamuDikenang
#KebajikanKakitangan
#PulauPinang
#MalaysiaMadani

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-04-2026, 20:15:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search