Siri Mesyuarat Tadbir Urus & Pelarasan Program JBSNPP Bil. 1/2026

Gelugor, 9 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan siri mesyuarat berkala bagi memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan program jabatan. Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 2, JBSNPP ini dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi dan wakil kakitangan. 

Sesi sepanjang hari ini merangkumi beberapa agenda utama, antaranya: Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 1/2026 untuk memperatkan hubungan majikan dan pekerja. Mesyuarat Jawatankuasa Tata Kelola bagi memastikan ketelusan pentadbiran, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) & Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) bagi pemantauan sumber yang lebih efektif dan Mesyuarat KPI Jabatan & Pelarasan Program-Program bagi menyelaraskan aktiviti belia dan sukan di seluruh negeri.

Mesyuarat ini telah dipimpin oleh Encik Muhamad Hafizi bin Ahmad Zaini, Timbalan Pengarah JBSNPP. Turut hadir Encik Mohd Nadzri Bin Mohd Khairuddin, Timbalan Pengarah (Belia) yang baharu menggantikan Encik Imran Syafik Bin Ahmad yang bertukar ke Kolej Komuniti Langkawi.

Komitmen ini selaras dengan hasrat jabatan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi pembangunan belia dan sukan di Pulau Pinang.

#JBSNPP
#PulauPinang
#MalaysiaMadani
#BeliaDanSukan
#TadbirUrusTerbaik

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-04-2026, 20:15:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search