Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang 2025 Fasa 3 bagi Daerah Seberang Perai Utara

Butterworth, 25 Januari 2026 (Ahad) – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang 2025 Fasa 3 bagi Daerah Seberang Perai Utara telah berlangsung dengan jayanya melibatkan kumpulan Siri 1 dan Siri 2 bertempat di Kolam Renang Awam Ria Apartment, Kampung Benggali, Butterworth.

Walaupun baru tiga sesi latihan dijalankan, Program KLAS Renang Fasa 3 ini telah menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan. Para peserta bukan sahaja berjaya menguasai teknik asas renang yang diajar oleh jurulatih terlatih dari MadWave Asia, malah mula menunjukkan keyakinan tinggi untuk turun ke dalam kolam tanpa rasa takut.

Perkembangan ini membuktikan keberkesanan kaedah latihan yang sistematik serta komitmen jurulatih dalam membimbing peserta secara berperingkat dan selamat. Keyakinan yang ditunjukkan oleh peserta juga mencerminkan peningkatan dari segi keberanian, disiplin dan kefahaman terhadap teknik renang yang betul dalam tempoh masa yang singkat.

Pencapaian awal ini memberi petanda positif terhadap potensi peserta untuk terus berkembang dan menguasai kemahiran renang dengan lebih baik sepanjang tempoh program dijalankan.

#JBSNBersama
#JBSNPenang
#MalaysiaMADANI
#KLASRenangPenang
#PBSDSPU

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search