Sesi Khidmat Nasihat dan Perbincangan Bersama Wakil Kelab Larian Qudrat

Gelugor, 8 Januari 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya hari ini telah menerima kunjungan daripada wakil Kelab Larian Qudrat, yang dahulunya dikenali sebagai Q1 Running Community (QRC).

Kunjungan ini bertujuan membincangkan penubuhan kelab yang pendaftarannya baru sahaja diluluskan pada bulan Oktober tahun lepas dan perancangan penganjuran acara larian.

Sesi khidmat nasihat ini dikendalikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation serta Pegawai Unit Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya, En. Saiful Adli bin Sudin bagi membincangkan garis panduan penganjuran acara larian yang dirancang oleh pihak kelab.

Pihak pejabat mengucapkan tahniah atas penubuhan kelab ini dan berharap Kelab Larian Qudrat terus aktif dalam merancakkan aktiviti sukan larian di daerah ini.

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search