- JBS Penang
- Hits: 3
Program KLAS Renang Peringkat Daerah Barat Daya Siri 3/2025 Meriahkan Cuti Sekolah
- JBS Penang
- Hits: 3
Balik Pulau, – Program KLAS Renang Peringkat Daerah Barat Daya Siri 3/2025 telah berjaya dianjurkan pada 3 dan 4 Januari 2026 sempena cuti persekolahan, bertempat di Kompleks Sukan MBPP Relau.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja sekitar Daerah Barat Daya. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas renang, membina disiplin diri serta mencungkil bakat baharu dalam sukan akuatik di peringkat akar umbi.
Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Barat Daya serta Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang (PASSA). Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan teknik renang yang betul, aspek keselamatan air serta latihan asas yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah.
Diharapkan penganjuran Program KLAS Renang ini dapat melahirkan lebih ramai atlet muda berpotensi serta menyokong pembangunan sukan renang di negeri Pulau Pinang, khususnya di Daerah Barat Daya.
#JBSNKomited #MalaysiaMadani #jbsnpp #TeamKBS #Klasrenang
