Sesi Khidmat Nasihat & Perbincangan Hala Tuju Kelab Larian Howei

GELUGOR, 2 Disember 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya hari ini telah menerima kunjungan daripada wakil pengurusan Howei, sebuah platform acara sukan yang tidak asing lagi di Pulau Pinang.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan penubuhan Kelab Larian Howei yang pendaftarannya baru sahaja diluluskan pada awal November tahun ini.

Dalam pertemuan ini, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation telah menyampaikan penerangan khusus mengenai tatacara pengurusan dan pelaporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) dan juga hala tuju strategik kelab dalam merancakkan lagi aktiviti sukan larian di daerah ini.

Pihak pejabat mengucapkan tahniah atas penubuhan kelab ini dan berharap Kelab Larian Howei dapat memainkan peranan aktif dalam melahirkan komuniti yang aktif dan sihat.

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaMadani #MADANIBekerja

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search