- JBS Penang
- Hits: 1
Kunjungan Hormat Daripada Barisan Pendidik SMK Raja Tun Uda
- JBS Penang
- Hits: 1
Gelugor, 2 Disember 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada barisan pendidik SMK Raja Tun Uda.
Kehadiran delegasi sekolah yang diketuai oleh Pn. Sharipatulasilah Binti Sulaiman, PK Kokurikulum SMK Raja Tun Uda telah disambut baik oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation.
Sesi pertemuan ini memfokuskan kepada perbincangan dua hala mengenai penyelarasan program Rakan Muda di peringkat sekolah dan juga potensi kerjasama dalam pembangunan sukan peringkat daerah Barat Daya.
Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Raja Tun Uda atas kesudian berkunjung. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat merancakkan lagi pembangunan belia, sukan dan rakan muda di Daerah Barat Daya.
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #RakanMuda #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
