Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025

Sungai Dua, 22 Oktober 2025 - Pada 22 Oktober 2025 bertempat di di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Dua telah berlangsung  Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025 dengan meriah melibatkan penyertaan seramai 45 orang peserta.

Program ini dikendalikan oleh Instruktur Kecergasan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Puan Norli, yang memimpin pelbagai aktiviti senaman ringan dan menyeronokkan bagi meningkatkan tahap kecergasan serta kesejahteraan fizikal dan mental warga emas.

Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga emas, di samping memperkukuh semangat kekitaan serta hubungan silaturahim antara peserta.

Program ini turut menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara dalam menyemarakkan amalan sukan untuk semua peringkat umur.

  “Warga emas aktif, masyarakat sejahtera.”

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search