𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗮𝘀, 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻: 𝗠𝗼𝗯𝗶𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗮𝘁𝗿𝗶𝗮 (𝗕𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹) 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟭

Tasek Gelugor, 19 Oktober 2025- Telah berlangsung Bengkel Asas Pertolongan Cemas Rakan Prihatin: Mobilisasi Satria (Bencana dan Sosial) Siri 1 dengan jayanya sempena Expo PERDA (EXPERT) 225 bertempat di Midtown PERDA, Kubang Menerong dengan penyertaan seramai 50 orang peserta.

Program ini bertujuan memberi pendedahan asas pertolongan cemas kepada sukarelawan serta memperkasa semangat kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

Bengkel ini melibatkan penyertaan aktif daripada belia, dengan bimbingan daripada jurulatih bertauliah daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seberang Perai Utara. Antara pengisian utama termasuk teknik CPR & Choking, simpulan dan balutan, pertolongan cemas dan simulasi situasi kecemasan.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Belia Kampung Selatan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seberang Perai Utara. Prpgram ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai 'Satria Rakan Prihatin' yang bersedia bertindak dalam misi kemanusiaan dan sosial.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan dalam membentuk masyarakat yang peka, tangkas dan bertanggungjawab dalam membantu mereka yang memerlukan pada saat genting.

#RakanPrihatin
#RakanMuda
#JBSN
#beliadansukanspu

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search