- JBS Penang
- Hits: 29
Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan
- JBS Penang
- Hits: 29
Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, 11 Oktober 2025 - Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan yang telah diadakan di SMK Bandar Tasek Mutiara pada 11 Oktober 2025.
Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Daerah Seberang Perai Selatan telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Aisamuddin Bin Mohamad Kaman, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai yang juga pegawai Khas kepada YB Fahlina Binti Sidek, Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.
Turut bersama dalam majlis perasmian tersebut adalah, En.Abdul.Hamid Bin Hj.Mohd Yassin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPS, En.Radzuan Bin Osman, Pengetua SMK Bandar Tasek Mutiara, Tuan Mohd Syukri Bin Hamzah, Ketua Balai Polis Simpang Ampat dan Dr.Mazzan bin Md Isa, Pegawai Perubatan dan Kesihatan PKD Seberang Perai Selatan.
Dan Juga persembahan Martial Art dari Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Nibong Tebal, Persatuan Takewando Daerah Seberang Perai Selatan (MITF) dan Persatuan Silambam Porr Kalai Pulau Pinang.
#HSN2025
#MALAYSIAAKTIF
#HSNSPS
