- JBS Penang
- Hits: 28
Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025 di UiTM Kampus Bertam
- JBS Penang
- Hits: 28
Kepala Batas, 11 Oktober 2025 - Pada 11 Oktober 2025 bertempat di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam, Kepala Batas telah berlangsung sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025 berlangsung dengan penuh semangat dan warna-warni. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara (PBSD SPU) ini menghimpunkan pelbagai agensi, komuniti dan masyarakat setempat di bawah semangat “Sukan Menyatukan Rakyat Madani.”
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Senamrobik Perdana HSNSPU 2025.
Seterusnya, ribuan peserta memenuhi kawasan dataran utama UiTM Bertam untuk Senamrobik Perdana HSNSPU 2025 yang dikendalikan oleh Team Senamrobik di bawah KBSi Idayu. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana pagi tetapi juga menjadi platform menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
See translation
