Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] Peringkat Zon Utara 2025

Kepala Batas, 15 Okt 2025, KEPALA BATAS - Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] Peringkat Zon Utara 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Sesi Libat Urus ini melibatkan pemegang taruh dari negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] Peringkat Zon Utara dihadiri oleh YBrs En. Ariffin bin Mohd Ghani, Pesuruhjaya Sukan Malaysia, YBrs. Dr Nazira binti Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik KBS. Taklimat bagi Sesi Libat Urus ini disampaikan oleh En. Mohamad Fayzul bin Medi, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KBS.

Sesi maklumbalas yang dibuka memberi peluang kepada semua pemegang taruh untuk menyuarakan pandangan dan cadangan di peringkat Negeri bagi penambahbaikan dalam kerangka perundangan sedia ada terutama yang melibatkan persatuan sukan, penganjur acara sukan dan operator fasiliti sukan.

Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] Peringkat Zon Utara 2025 diharapkan dapat membuahkan hasil dan memberi impak kepada penambahbaikan pembangunan sukan secara inklusif.

#jbspenang
#jbsnkedah
#jbsnperlis
#jbsnegara
#kbsmalaysia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search