- JBS Penang
- Hits: 44
Penilaian Emas ARPRM
- JBS Penang
- Hits: 44
Gelugor, 14 Oktober 2025 | Penilaian Emas ARPRM Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP) telah mengadakan satu sesi Penilaian Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas Tahun 2025 pada 14 Oktober 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pulau Pinang.
Seramai lima (5) orang peserta ARPRM Tahap Emas dari Negeri Pulau Pinang telah hadir bagi sesi penilaian tersebut.
Penilaian ini telah diketua oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar. Turut hadir Pegawai Rakan Muda Negeri Pulau Pinang, Encik Shamsul Qamar Bin Shamsuddin, serta wakil Jawatankuasa Operasi dan Teknikal (JKOT) ARPRM Negeri Pulau Pinang, Encik Tiew Feilix. Barisan Pemimpin ARPRM turut hadir memberikan sokongan kepada para peserta sepanjang sesi penilaian dijalankan.
Sesi penilaian telah berjalan dengan lancar dan memberi peluang kepada para peserta untuk membentangkan pencapaian serta pengalaman mereka sepanjang pelaksanaan ARPRM Tahap Emas.
“Syabas kepada semua peserta ARPRM Emas 2025!
Teruskan semangat, teruskan usaha. Kejayaan bukan pada pengakhiran, tetapi pada perjalanan yang membentuk diri anda hari ini.
#JBSN
#JBSNPP
#RAKANMUDA
#ARPRM
#MalaysiaMadani
