Hari Sukan Negara Pulau Pinang 2025 Tarik 20,000 Penyertaan

Balik Pulau, 11 OKTOBER 2025 – Lebih 20,000 peserta membanjiri Kompleks Sukan Balik Pulau sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 yang dirasmikan oleh YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang.

Turut hadir YBrs. En. Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah JBSNPP, serta tetamu kehormat dari IYC, ISN dan Pejabat Daerah Barat Daya.

Bertemakan “Malaysia Aktif”, program menampilkan pelbagai aktiviti seperti Kayuhan Madani, Larian Madani, dan Berjalan Ria Madani, yang disertai ribuan peserta pelbagai peringkat umur.

YB Daniel Gooi menzahirkan komitmen kerajaan negeri untuk terus menggalakkan gaya hidup sihat dan perpaduan melalui sukan massa.

#hsnpenang2025 #HSN2025 #jbsnegara #jbspenang #kbsmalaysia #penang

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search