- JBS Penang
- Hits: 21
Persiapan Terakhir Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025
- JBS Penang
- Hits: 21
Kepala Batas, 10 Oktober 2025 – Persiapan akhir bagi Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025 kini giat dijalankan di beberapa lokasi utama antaranya UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam, Vision Park, serta SK Sungai Dua, Butterworth.
Sambutan Hari Sukan Negara 2025 akan berlangsung pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) dan dijangka meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Antara acara utama yang bakal diadakan termasuk Senamrobik Perdana HSNSPU, Madani RunFest HSNSPU, Kejohanan Sukan Karom, Kejohanan Sukan Woodball, serta Kejohanan Bola Sepak Pembangunan Bawah 11 Tahun (U11).
Program ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat, selaras dengan matlamat Hari Sukan Negara untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan meningkatkan penyertaan rakyat dalam aktiviti sukan.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan serta menyokong semangat kesukanan di peringkat daerah.
— Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara
