Penyerahan Baju Madani RunFest Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025

Kepala Batas, 9 Oktober 2025 - Bertempat di Lobi UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam berlangsung Majlis penyerahan baju Madani RunFest Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Lobi UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam.

Program ini diadakan sebagai persiapan awal menjelang acara larian Madani RunFest yang akan berlangsung sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat daerah. Penyerahan baju kepada peserta dan urusetia bertujuan memastikan segala persiapan berjalan lancar serta meningkatkan semangat penyertaan dalam kalangan peserta.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara (PBSD SPU) serta pihak pengurusan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Suasana majlis berlangsung dalam suasana penuh semangat dan kekitaan, mencerminkan tema Hari Sukan Negara iaitu #FitMalaysia, #HSN, #hsnspu2025

Program ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya warga Seberang Perai Utara.

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search