- JBS Penang
- Hits: 23
Program Senaman Warga Emas Siri 2 Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025
- JBS Penang
- Hits: 23
Butterworth, 8 Oktober 2025 – Program Senaman Warga Emas Siri 2 Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Dua, Butterworth.
Program ini dianjurkan sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Daerah Seberang Perai Utara sebagai inisiatif untuk memupuk gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga emas. Seramai 50 orang peserta daripada pelbagai kawasan sekitar daerah telah menyertai aktiviti ini.
Suasana ceria dan penuh gelak tawa mewarnai program apabila para peserta mengikuti sesi senaman yang dipimpin oleh jurulatih berpengalaman. Aktiviti senaman ringan dan tarian kesihatan turut mendapat sambutan hangat, menggambarkan semangat kesukanan dan kerjasama antara peserta.
Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan fizikal, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti warga emas. Semangat dan tenaga yang ditunjukkan para peserta membuktikan bahawa umur bukan penghalang untuk kekal aktif dan sihat.
