Majlis Pra Peluncuran HSN dan Senamrobik

George Town, 7 Oktober 2025 - The Top Penang (Komtar) aras 68 mencipta sejarah melalui Majlis Pra Peluncuran HSN dan Senamrobik.

Program sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Timur Laut 2025 ini berjaya dijalankan dipuncak bangunan yang paling tertinggi dalam Negeri Pulau Pinang(KOMTAR).

Majlis Pra Peluncuran telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Ismasuhaimi bin Shariff selaku Pegawai Daerah Timur Laut. Peristiwa bersejarah ini disaksikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang serta pelbgai ketua dan wakil agensi kerajaan dalam Daerah Timur Laut.

Encik Ebenezer a/Victor Nimbalker Selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut berkata program yang julung kali diadakan sebegini akan meningkatkan sambutan dan promosi HSN Timur Laut yang akan dijalankan pada 11 Oktober 2025 bertempat di Pangkalan FRU 3 Air Hitam Pulau Pinang.

Program kecergasan senamrobik turut dilaksanakan sebagai simbolik masyarakat Malaysia kekal aktif melalui aktiviti sukan dan gaya hidup sihat. Antara Kelab dan Ngo yang menyokong serta menjayakan program ini adalah Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat Daerah Timur Laut, Kelab Bola Jaring Mutiara, Kelab Senamrobik Mutiara, Majlis Belia Daerah Timur Laut dan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Tanjung.

Terima kasih semua yang hadir memeriahkan program ini..Majulah Sukan Demi Negara....

#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#harisukannegara
#JBSNKomited
#MalaysiaAktif
#majulahsukanuntuknegara
#TaatSetia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search