- JBS Penang
- Hits: 37
Kem Belia Peringkat Daerah Timur Laut
- JBS Penang
- Hits: 37
Kulim, Kedah, 25 Sept 2025 - Telah berlansung dengan jayanya Rakan Muda: Rakan Prihatin Kem Belia Peringkat Daerah Timur Laut pada 23-25 September 2025 bertempat di Kem Motivasi Bukit Besar, Kulim Kedah. Kem Belia merupakan program yang pertama kali diadakan pada tahun ini yang melibatkan penyertaan seramai 50 org peserta belia dan beliawanis. Kem Belia ini mendapat kerjasama sepenuhya daripada Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut dan rakan kongsi Majlis Belia Daerah Timur Laut.
Program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran tentang matlamat hidup, tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama bangsa dan negara serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung kesan gejala sosial dan memupuk nilai-nilai murni dan kesukarelawanan belia hari ini. Peserta juga didedahkan dengan Ceramah daripada IPSAS,UPM, ES PDRM, AADK Timur Laut, Pejabat Kesihatan Timur Laut dan aktiviti kemasyakatan bersama penduduk kampung.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Ismasuhaimi Bin Shariff - Pegawai Daerah Timur Laut, turut hadir En Ebebezer A/L Victor Nimbalker Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut, Puan Siti Noor Faridah Bt Mohd Termizi - Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Timur Laut dan En Ong Choon Keat - YDP Majlis Belia Daerah Timur Laut.
Tahniah dan Syabas kepada semua peserta Kem Belia Daerah Timur Laut 2025
#TeamKBS
#PBSDTimurLautterusbersama
#YakinBoleh
#MalaysiaMadani
