Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Barat Daya Siri 5

Bayan Lepas, 26 September 2025 - Telah berlansung pagi ini program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Barat Daya Siri 5 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Line Dance Community Sungai Ara bertempat di Sungai Ara Waterfront, Bayan Lepas.

Siri kali ini menampilkan aktiviti senaman zumba yang disertai seramai 45 orang komuniti warga emas setempat. Peserta kelihatan begitu teruja dengan setiap gerakan zumba yang dilaksanakan serta memberi maklum balas positif terhadap penganjuran program seperti ini.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya akan terus komited dalam memastikan komuniti warga emas mendapat akses kepada program berbentuk kecergasan dan gaya hidup sihat agar mereka kekal aktif dan sihat.

#TeamPBSDBaratDaya #TeamKBS #MalaysiaAktif #WargaEmasAktif #MalaysiaMadani #AgeingNation

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search