- JBS Penang
- Hits: 22
Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 4 Peringkat Daerah Barat Daya
- JBS Penang
- Hits: 22
SUNGAI ARA, 25 September 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Line Dance Community Sungai Ara telah menganjurkan Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 4 Peringkat Daerah Barat Daya pagi ini.
Siri kali ini menampilkan aktiviti senamrobik dan line dance yang disertai dengan penuh semangat dan bertenaga oleh komuniti warga emas di sekitar Bayan Lepas. Suasana program bertambah meriah dengan semangat perpaduan dan kebersamaan yang terjalin melalui aktiviti riadah sihat ini.
Pendekatan ini juga selari dengan hasrat YB Menteri Belia dan Sukan yang ingin melihat masyarakat khususnya warga emas turut mendapat kesaksamaan dan keadilan sosial melalui aktiviti sukan dan kecergasan.
Warga Emas Pun Boleh Aktif !
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #MalaysiaAktif #WargaEmasAktif #MalaysiaMadani
