Lawatan Tapak Bagi Pelaksanaan Program Plogging@Komuniti peringkat Daerah Barat Daya sempena Hari Cuci Malaysia 2025, World Cleanup Day

TELUK KUMBAR, 25 September 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya melalui Unit Pembangunan Rakan Muda telah mengadakan lawatan tapak bagi pelaksanaan Program Plogging@Komuniti peringkat Daerah Barat Daya sempena Hari Cuci Malaysia 2025, World Cleanup Day yang akan berlangsung pada hari 27 September 2025.

Lawatan ini bertujuan mengenal pasti lokasi "hotspot" sampah, pengurusan logistik Majlis Bandaraya Pulau Pinang serta aspek keselamatan peserta semasa program dapat diselaraskan. Turut dibincangkan bersama adalah penglibatan komuniti setempat, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam menjayakan program kelestarian alam sekitar ini.

Dengan penganjuran bersempena Hari Cuci Malaysia 2025, diharapkan program ini menjadi platform mengeratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum serta memperkukuhkan budaya sukarelawan demi kelestarian komuniti setempat.

#teampbsdbaratdaya #TeamKBS #JBSNKomited #rakanmuda #RakanBumi #MalaysiaMadani #telukkumbar #HariCuciMalaysia2025 #WorldCleanupDay2025 #CuciMalaysia2025

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search