Mesyuarat Penyelarasan Program Santuni MADANI Kg Baru Penaga Perkukuh Jalinan Belia & Komuniti

Kepala Batas, 25 September 2025 - Pada 22 September 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Utara, telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Santuni MADANI. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, PYDC dan Majlis Belia Negeri (MBN) Pulau Pinang dan beberapa agensi berkaitan bagi Kg Baru Penaga sebagai platform memperkukuh hubungan belia dan komuniti setempat.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah JBSNPP ini membincangkan beberapa agenda termasuklah penyelarasan program-program komuniti, program berbentuk sukan dan pembangunan fizikal.

Melalui platform ini, diharapkan segala usaha dapat dijalankan secara lebih sistematik, inklusif dan memberi impak terus kepada masyarakat.
Program Santuni MADANI dijangka menjadi medan penting dalam memastikan golongan belia terus menjadi rakan strategik kepada komuniti, selaras dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat sejahtera, makmur dan harmoni.

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search