Program Aktif Ekspres Peringkat Daerah Timur Laut.

Gelugor, 25 September 2025 - Pada 11 September 2025 bertempat di Dewan Agung Institut Pendidikan Guru (IPG) Pulau Pinang - telah berlangsung Program Aktif Ekspres Peringkat Daerah Timur Laut.

Penerapan pendidikan dan kecergasan dengan pendekatan menyeronokan, santai dan padat diberikan kepada para peserta. Penyertaan terdiri dikalangan 100 orang peserta wanita muda berumur bawah 30 tahun.

Program dirasmikan oleh Encik Kamil Nasuruddin bin Darus Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Pulau Pinang.

Pengisian program dimulakan slot pertama melalui aktiviti ice breaking dan pengenalan Gaya Hidup Rakan Muda. Program diteruskan dengan slot kedua.Para peserta dipimpin oleh Kelab Sukan Kecergasan Sri Tanjung melakukan pelbagai aktiviti senaman (senamrobik, Hip-hop, Zapin dan tarian).

Melalui slot ketiga para peserta di berikan taklimat kesedaran dan pendedahan berkaitan isu penyakit golongan wanita muda. Perkongsian kesihatan ini disampaikan oleh Dr. Faridah Sarbudeen Pegawai Perubatan Hospital Seberang Jaya.

Pengisian slot keempat pula, peserta dan semua yang hadir telah berkesempatan mencuba sukan kecergasan Pound. Aktivti fizikal bersukan sambil bersenamrobik menggunakan stick mengikut rentak irama muzik.

Program turut diserikan dengan kehadiran Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Encik Ebenezer a/l Victor Nimbalker Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut .

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga bermanfaat dan jumpa lagi...Majulah Sukan untuk Negara.

#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#pbsdtimurlaut
#jbsnpp
#TaatSetia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search