Perbincangan Program Kayuhan 3 Peaks Ride Challange Sempena Siri Malaysia Aktif @ komuniti

Gelugor, 25 September 2025 - Pada 11 September 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya petang ini telah menerima kunjungan wakil komuniti berbasikal iaitu En. Hubert Fong dari Pedal Penang Kia bagi mengadakan sesi perbincangan mengenai penganjuran Program 3 Peaks Ride Challenge sempena siri Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya.

Perbincangan ini turut dihadiri oleh En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dan En. Saiful Adli bin Sudin, Pegawai Unit Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya yang bersama-sama meneliti aspek pelaksanaan, penglibatan komuniti setempat serta persiapan teknikal bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan selamat.

Pihak PBSD Barat Daya mengalu-alukan kerjasama strategik bersama komuniti sukan yang lain bagi memperkukuhkan budaya hidup sihat dan menyahut semangat ke arah Malaysia Aktif.

Untuk Sukan Kita !

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaAktif #RakanMuda #MalaysiaMadani #CyclingCommunity

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search