- JBS Penang
- Hits: 7
Plogging@komuniti Siri 3 Peringkat Daerah Timur Laut
- JBS Penang
- Hits: 7
Georgetown, 25 September 2025 - Pada 10 September 2025 (Selasa) bertempat di Padang Kota Lama telah berlangsung
Program Rakan Bumi – Plogging Siri 3 telah berjaya dianjurkan sebagai satu inisiatif bersama bagi memupuk kesedaran sivik mengenai kebersihan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat setempat.
Penyertaan seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian, terdiri daripada:
•Wakil Persatuan 4B Kawasan Tanjung
•Pelajar KITAB (Kursus MPU 2412 Integriti dan Anti Rasuah)
•Komuniti setempat
Aktiviti yang dijalankan:
1. Aktiviti plogging
2. Taklimat mengenai bantuan SARA dan pencegahan penipuan (scammer)
3. Ujian Minda Kemerdekaan – kuiz interaktif berkaitan sejarah serta fakta menarik tentang Malaysia
Majlis penutup telah disempurnakan dengan penyampaian cenderahati kepada:
• Pn. Nurul Wahida Mohamad Noor, Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut
• Hj. Hamzah bin Hj. Mohd Ismail, Timbalan Pengerusi Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Tanjong
• Dr. Hazrul Affendi bin Mohmad Razali, Pensyarah
Pihak penganjur, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan serta diperluaskan pada masa akan datang demi kesejahteraan alam sekitar dan komuniti.
#JBSNKomited
#PBSDTimurLaut
#MalaysiaMADANI
#4BTanjung