- JBS Penang
- Hits: 13
Siri 1 Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Barat Daya
- JBS Penang
- Hits: 13
Bukit Gedung, 10 September 2025 - Telah berlangsung Siri 1 Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Barat Daya bermula dengan penyertaan dari Pusat Aktiviti Warga Emas Bayan Baru.
Turut bekerjasama pada siri kali ini ialah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya dan Kelab Senamrobik Lestari.
40 orang peserta terdiri komuniti Bukit Gedung di bawah PAWE Bayan Baru bersemangat mengikuti aktiviti kecergasan ini.
Acara bermula dengan briskwalk dari Pasar Bukit Gedung ke Taman Poket bersebelahan dewan MPKK Bukit Gedung kemudian diikuti dengan aktiviti senamrobik yang kendalikan oleh Coach Rosli Wahab dari Kelab Senamrobik Lestari.
Semua peserta bersemangat dan gembira mengikuti Program Senaman Warga Emas pada sesi ini dan tidak sabar menunggu untuk sesi seterusnya.
Turut hadir pada sesi kali ini ialah Encik Tham selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya, Encik Daniel selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, Puan Ummi dari PKMD Barat Daya dan Pengerusi MPKK Bukit Gedung.
#TeamKBS #JBSNKOMITED #hsn2025 #MalaysiaAktif #MalaysiaMadani