Lawatan Tapak Laluan Acara Larian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang

Balik Pulau, 10 September 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya bersama pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya telah mengadakan lawatan tapak bagi meneliti serta menilai keselamatan laluan acara larian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 yang bakal berlangsung di Balik Pulau.

Lawatan ini memberi fokus kepada aspek keselamatan, kawalan lalu lintas serta kelancaran perjalanan peserta sepanjang acara. Kerjasama erat antara pihak penganjur dan agensi keselamatan amat penting bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan teratur, selamat dan meriah.

Turut hadir sama dalam lawatan ini ialah En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dan wakil Kelab Olahraga URBP, En. Mohd Fazli bin Mohd Nafai.

Nantikan detik besar ini, ayuh daftar sekarang & bersama kita gegarkan Hari Sukan Negara 2025! Pendaftaran bagi acara 5 KM Fun Run dan 20 KM Fun Ride masih lagi di buka.

#TeamKBS #JBSNKomited #HSN2025 #MalaysiaAktif #MalaysiaMadani

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search