- JBS Penang
- Hits: 8
Siri 7: Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya
- JBS Penang
- Hits: 8
Bayan Baru, 4 September 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya dan Kelab Senamrobik Bayan telah menganjurkan program Bayan Baru Cergas bersempena Siri 7: Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya bertempat di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru.
Pelaksanaan siri kali ini melibatkan aktiviti brisk walk sejauh 3 kilometer dan senamrobik. Instruktor dari Kelab Senamrobik Bayan telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan sesi senamrobik yang melibatkan penyertaan guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di seluruh daerah Barat Daya dan komuniti setempat seramai 60 orang.
Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan komuniti setempat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi. Malaysia Aktif !
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #MalaysiaMadani #Malaysiaaktif #rakanmuda #bayanbaru