Program Senamrobik Ambang Merdeka bersempena Siri 6: Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya

Bayan Lepas 25 September 2025 - Pada 30 Ogos 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Kelab Senamrobik Lestari telah menganjurkan program Senamrobik Ambang Merdeka bersempena Siri 6: Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya bertempat di Taman Jajar Sungai Ara.

Pelaksanaan siri kali ini melibatkan aktiviti kecergasan iaitu senamrobik sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68. Instruktor dari Kelab Senamrobik Lestari telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan sesi senamrobik yang melibatkan penyertaan daripada komuniti setempat seramai 60 orang.

Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi kepada komuniti untuk kekal aktif dan sihat.

  Merdeka! Merdeka! Merdeka

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #MalaysiaMadani #Malaysiaaktif #rakanmuda #bayanbaru #RakyatDisantuni

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search