Mesyuarat Penyelarasan Program Senaman Warga Emas Aktif peringkat Daerah Timur Laut

Georgetown, 25 September 2025 - Pada 3 September 2025 bertempat di Pawe Jelutong, telah berlangsung mesyuarat penyelarasan Program Senaman Warga Emas Aktif peringkat Daerah Timur Laut anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Timur Laut. Program akan dikelolakan dari Kelab Senamrobik Mutiara.

Mesyuarat di hadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut bersama pihak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Jelutong dan Bukit Bendera, Pejabat Kebajikan Daerah Timur Laut serta Kelab Senamrobik Mutiara.

Program kecergasan yang bersesuaian telah dirancang dan akan dilaksanakan sebanyak 10 Siri secara berkolaborasi bersama Pejabat Kebajikan Daerah Timur Laut dengan usahasama Rakan Strategik Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Jelutong dan Bukit Bendera. Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan agenda ini.

#majulahsukanuntuknegara
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
#pbsdtimurlautbersama
#jbsnpp
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#TaatSetia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search