- JBS Penang
- Hits: 42
Program Sukan Komuniti Luaq Bandar Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 “Pelikat 3on3 Street Soccer”
- JBS Penang
- Hits: 42
BALIK PULAU, 28 Jun 2025 – Perkarangan Masjid Kampung Perlis hari ini menjadi tumpuan anak muda apabila berlangsungnya pertandingan Pelikat 3on3 Street Soccer, sebuah acara unik yang menggabungkan elemen sukan jalanan dan budaya tempatan.
Acara yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, dengan kerjasama pelbagai rakan komuniti termasuk Rakan Muda dan KSTB.
Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai RM500, diikuti naib johan RM300 dan tempat ketiga RM100.
#sukanluaqbandaq #jbsnegara #jbspenang #balikpulau