- JBS Penang
- Hits: 37
Bendang Fun Walk 3KM Meriahkan Kampung Perlis, Balik Pulau
- JBS Penang
- Hits: 37
BALIK PULAU, 28 Jun 2025 – Lebih 500 peserta pelbagai peringkat umur menyertai Bendang Fun Walk 3KM yang berlangsung dengan penuh semangat di perkarangan Masjid Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang, seawal jam 7.00 pagi.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama MPKK Kampung Perlis, Balik Pulau, Penang dengan kerjasama Kelab Sukan Bola Sepak Teluk Bahang ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat sambil mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana desa yang damai. Menariknya, para peserta digalakkan mengenakan pakaian tradisional atau pakaian kampung, sekali gus menceriakan lagi suasana dengan elemen warisan budaya tempatan.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada seluruh Komuniti Kampung Perlis Balik Pulau yang membantu dari segi penganjuran dan hadir bersama memeriahkan lagi program ini.
#sukanluaqbandaq #jbsnegara #jbspenang #balikpulau