- JBS Penang
- Hits: 28
Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Negeri Pulau Pinang 2025 - Futsal Lelaki Dan Wanita
- JBS Penang
- Hits: 28
24 Mei 2025, BATU UBAN - JBS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PESRON Pulau Pinang telah melaksanakan Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) 2025 bagi sukan Futsal dan Bola Tampar Duduk. Sukan yang dipertandingkan adalah bagi kategori lelaki dan wanita.
Sebanyak 7 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita bagi sukan futsal telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Penyertaan adalah dari Sekolah yang mempunyai aliran PPKI, PPDK dan persatuan/kelab sukan para di Negeri Pulau Pinang.
Kerjasama dan komitmen dari sekolah-sekolah, PPDK dan persatuan yang terlibat amat baik. LiSOKU 2025 adalah sebuah program yang mampu memberi peluang golongan OKU mengetengahkan bakat serta mencuba sukan baru. Diharapkan penyertaan akan lebih menggalakkan pada tahun akan datang.
📍Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
🗓️24 Mei 2025 (Sabtu)
PESRON Pulau Pinang
#unitsukanOKU
#lisoku2025
#jbsnpp
#JBSNKomited
#KBSMalaysia