Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Negeri Pulau Pinang 2025 - Bola Tampar Duduk Lelaki Dan Wanita

Gelugor, 24 Mei 2025 - JBS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PESRON Pulau Pinang telah melaksanakan Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) 2025 bagi sukan Futsal dan Bola Tampar Duduk. Sukan yang dipertandingkan adalah bagi kategori lelaki dan wanita. 

Sebanyak 4 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita bagi sukan bola tampar duduk telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Penyertaan adalah dari Sekolah yang mempunyai aliran PPKI, PPDK dan persatuan/kelab sukan para di Negeri Pulau Pinang. Sukan Bola Tampar Duduk dianggap sukan baru di kalangan pelajar & golongan OKU. Sebelum bermulanya pertandingan, peserta diperkenalkan dengan teknik dan cara permainan. 

Kerjasama dan komitmen dari sekolah-sekolah, PPDK dan persatuan yang terlibat amat baik. LiSOKU 2025 adalah sebuah program yang mampu memberi peluang golongan OKU mengetengahkan bakat serta mencuba sukan baru. Diharapkan penyertaan akan lebih menggalakkan pada tahun akan datang. 

📍Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
🗓️24 Mei 2025 (Sabtu)

PESRON Pulau Pinang

#unitsukanOKU
#lisoku2025
#jbsnpp
#JBSNKomited
#KBSMalaysia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search