- JBS Penang
- Hits: 55
Majlis Perasmian Penutup Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025
- JBS Penang
- Hits: 55
Bukit Mertajam, 23 Julai 2025 - Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh YB Daniel Gooi 魏子森 Exco Belia,Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bertempat di Pusat Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Bukit Mertajam.
Objektif program ini adalah merupakan salah satu program yang akan menjadi platform kepada golongan belia khususnya mereka yang berusia 15 hingga 30 tahun untuk mengekspresikan bakat dan potensi diri mereka dalam pelbagai bidang melalui 10 gaya hidup rakan muda dengan saluran yang sesuai dan betul dengan minat supaya belia dapat mengembangkan minat mereka.
Penyertaan seramai 1600 orang pelajar dalam umur lingkungan 13 tahun sehingga 30 tahun yang turut bertanding dalam program tersebut. Antara aktiviti yang dipertandingkan termasuk Kawad Kaki, Doodle Art dan Inovasi.
Keberkesanan dalam Program ini adalah Membentuk Disiplin Diri. Memupuk sikap patuh kepada arahan dan peraturan. Membina tabiat menepati masa dan bertindak secara teratur. Meningkatkan Semangat Berpasukan. Mengajar kepentingan kerjasama dan keseragaman dalam kumpulan,Menguatkan semangat setiakawan dan kekitaan. Melatih Kepimpinan dan Tanggungjawab. Melalui peranan seperti ketua platun atau ketua skuad kawad. Menyemai sifat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Dalam Aktiviti Doodle Art pula mereka boleh meningkatkan Kreativiti. Memberi kebebasan untuk melukis tanpa had atau peraturan tetap. Merangsang imaginasi dan idea luar kotak. Meningkatkan Kemahiran Motor Halus. Mengasah kawalan tangan dan ketepatan semasa melukis. Baik untuk perkembangan awal kanak-kanak dan juga pelajar. Meningkatkan Daya Saing Organisasi atau individu yang inovatif lebih menonjol dan berdaya saing.
#kbsmalaysia
#jbspenang #jpnpulaupinang #rakanmuda #rakanmudaekspresi