- JBS Penang
- Hits: 101
Pendaftaran Pertandingan Biggest Loser KBS Negeri Pulau Pinang 2025
- JBS Penang
- Hits: 101
Gelugor, 4 Jun 2025 - Pada 31 Mei 2025, telah berlangsung Majlis Perasmian dan Sesi Pra Timbang kepada para peserta Pertandingan Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Pulau Pinang di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Program ini anjuran daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Kelab Senamrobik Mutiara dan Sport Nutrition Academy (SNAc).
Pertandingan akan berlangsung selama 4 bulan bermula daripada 31 Mei 2025 sehingga 27 September 2025. Hari ini merupakan pembuka tirai kepada roadmap yang akan dilalui oleh para peserta untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 (Johan), RM 800.00 (Naib Johan) dan RM300.00 (Ketiga) bagi kategori Lelaki dan Wanita. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Daniel Gooi Zi Sen Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Antara pengisian program pada hari ini ialah booth pameran oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, ASPEN, YAKULT dan Sports Nutrition Academy (SNAc) serta dua sesi taklimat oleh SNAc dan YAKULT. Dengan adanya pertandingan seperti ini diharap mampu memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta khususnya di negeri Pulau Pinang.
Teruskan menyokong inisiatif ke arah gaya hidup aktif dan kesihatan yang lebih baik!
#JBSNPP
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#MalaysiaMadani
#BiggestLoser2025