π’π„πŒπ€π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ ππ„π‹πˆπ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ“ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 ππ„π‘π€πˆ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 Β 

Nibong Tebal, 15 Mei 2025 - Semarak Hari Belia Negara 2025 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan telah berlangsung pada 15 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Kolej Vokasional Nibong Tebal kelmarin.

Program tersebut dimulai dengan bacaan Ikrar Belia Malaysia oleh pelajar Kolej Vokasional Nibong Tebal dan diteruskan dengan 5 Port aktiviti dijalankan serentak pada hari tersebut iaitu;

Β Port Fit Malaysia ~ Senamrobik
Β Port Transisi ~ Youth Leadership HBN & Pertandingan Explorace berkumpulan
Β Port Gaming ~ Pertandingan Esport ML
Β Port Seni ~ Seni Batik
Β Port Healing ~ Mental Sihat, Jauhi Buli

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Siti Fadzilah Binti Osman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan diiringi Tn. Muhammad Zuhairi bin Zolkiplee, Penolong Pengarah Unit HEM Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Ts. Tn. Hj. Zainol Bin Darus, Pengarah Kolej Vokasional Nibong Tebal.

Turut hadir bersama, En. Abd Hamid Bin Hj. Mohd Yassin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan dan Ym. Engku Shahidil Bin Engku Ab Rahman, Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Selatan.

#haribelianegara2025
#hbnpulaupinang
#hbnseberangperaiselatan
#yakinboleh
#UntukBeliaKita

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright Β© 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search