FUN WALK @ SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2025

George Town, 19 Mei 2025 - Pada 17 Mei 2025 telah berlangsung Acara Funwalk 3km sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 mengelilingi bandar Georgetown. 

Pelepasan acara funwalk disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr Mohamad bin Abdul Hamid. Turut disaksikan bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Saudara Vincent Tan Chor Lim dan Pengerusi Gerakan 4B Negeri Pulau Pinang, Encik Mohamad Nazri bin Abdul Latiff.

Sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 800 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat dari yang kecil sampai la yang otai. Suasana penuh dengan gelak tawa, semangat, dan tenaga positif. Jalan sambil selfie, sambil borak, sambil hirup udara segar – semua enjoy!

Terima kasih kepada yang datang support, korang memang terbaik. Jom teruskan gaya hidup sihat dan aktif macam ni, bukan untuk hari ni je, tapi setiap hari!”

#haribelianegara2025
#JBSNKomited
#teamkbs
#jbsnpp
#yakinboleh
#beliakita

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search