PERKUKUH EKOSISTEM KOPERASI BELIA: KUNJUNGAN HORMAT SKM PAHANG

PERKUKUH EKOSISTEM KOPERASI BELIA: KUNJUNGAN HORMAT SKM PAHANG


KUANTAN, 5 Mac – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang hari ini bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan koperasi dan keusahawanan belia di negeri ini.  

SKM Negeri Pahang diwakili oleh Encik Mohd Izwan Khairuddin, Timbalan Pengarah SKM Pahang dan kunjungan tersebut disambut baik Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah JBS Negeri Pahang dalam suasana mesra. Perbincangan turut memfokuskan peluang kolaborasi program pembangunan kapasiti, pendidikan koperasi, serta inisiatif keusahawanan yang boleh memberi manfaat kepada golongan belia Pahang.  

Kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk terus bekerjasama dalam merangka program yang mampu meningkatkan penyertaan belia dalam sektor koperasi dan ekonomi. Kunjungan hormat ini diharap menjadi titik tolak kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berimpak tinggi demi pembangunan sosioekonomi belia negeri Pahang.  

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
UcCOM JBS Pahang

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search