LAWATAN TAPAK PROJEK NAIK TARAF SKALA KECIL KEMUDAHAN SUKAN NEGERI PAHANG

LAWATAN TAPAK PROJEK NAIK TARAF SKALA KECIL KEMUDAHAN SUKAN NEGERI PAHANG


BERA, 5 Mac – Unit Pembangunan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah mengadakan satu lawatan tapak bagi Projek Naik Taraf Skala Kecil Kemudahan Sukan di Negeri Pahang bertempat di Gelanggang Futsal Felda Tementi, Bera pada 4 Mac baru-baru ini.  

Lawatan tapak ini diadakan adalah untuk menilai keadaan semasa kemudahan tersebut serta mengenal pasti skop kerja yang diperlukan sebelum projek dijalankan. Lawatan ini telah disertai oleh Encik Najhan Mohamed dan Encik Muhamad Syafiq Azman daripada Unit Pembangunan, Encik Mohamad Rozaiham Abd. Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bera, Encik Azmir Nordin, Penolong Jurutera PBSD Bera dan Encik Rosli Abd. Rahman, Pengerusi JKKR (F) Tementi. 

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Bera

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search