- JBS Pahang
- Hits: 31
PBSD BENTONG HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA MBD & MAYC KAWASAN BENTONG
- JBS Pahang
- Hits: 31
GENTING HIGHLANDS, 2 Mac – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong telah menerima jemputan menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran MBD Bentong bersama MAYC Kawasan Bentong pada 25 Februari lalu yang berlangsung di Hotel Swiss-Garden Genting Highlands.
Majlis yang diadakan dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan ini menghimpunkan barisan kepimpinan belia serta rakan strategik daerah sebagai platform mengeratkan hubungan dan memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia.
Turut diadakan dalam majlis berkenaan ialah acara meraikan persaraan Encik Zulinsan Abd Razak, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bentong yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada Disember tahun lalu. Penghargaan dan ucapan terima kasih telah dizahirkan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dalam pembangunan belia dan sukan di daerah ini.
Majlis tersebut bukan sahaja menjadi medan berbuka puasa bersama, malah turut menyemarakkan semangat kebersamaan dan penghargaan dalam kalangan warga belia.
"JBS PAHANG, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Bentong
#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang
