LAWATAN TAPAK KAWALAN KESELAMATAN DI KSK PELANGAI

LAWATAN TAPAK KAWALAN KESELAMATAN DI KSK PELANGAI

PELANGAI, 2 Mac – Satu lawatan tapak kawalan keselamatan oleh syarikat kawalan keselamatan telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Pelangai pada 26 Februari lalu jam 11.00 pagi.  

Lawatan dimulakan dengan sesi pengesahan kehadiran pemilik atau wakil syarikat yang terlibat sebelum diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Nor Hashekin Abdul Aziz, Pegawai Perolehan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Taklimat tersebut memberi penerangan berkaitan skop perkhidmatan, spesifikasi keperluan kawalan keselamatan serta syarat-syarat pelaksanaan yang telah ditetapkan.  

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Encik Yusuf Harun, Ketua Pembantu Tadbir (Khidmat Pengurusan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong.

Lawatan tapak ini bertujuan memastikan pihak syarikat mendapat gambaran jelas mengenai keperluan sebenar kawalan keselamatan di premis berkenaan, sekali gus menjamin pelaksanaan perkhidmatan yang lebih teratur, efisien dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.  

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Bentong

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search