PERTEMUAN PBSD BENTONG BERSAMA PENASIHAT SRM KOLEJ KOMUNITI BENTONG

PERTEMUAN PBSD BENTONG BERSAMA PENASIHAT SRM KOLEJ KOMUNITI BENTONG

BENTONG, 2 Mac – Satu pertemuan telah diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong bersama Penasihat Sekretariat Rakan Muda Kolej Komuniti Bentong pada 25 Februari lalu bertempat di kampus kolej berkenaan.  

Pertemuan ini bertujuan untuk menerangkan secara terperinci mengenai pengoperasian Sekretariat Rakan Muda di Kolej Komuniti Bentong. Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perkongsian maklumat berkaitan tatacara serta syarat permohonan Dana Rakan Muda bagi menyokong pelaksanaan program berimpak tinggi dalam kalangan pelajar kolej. 

Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak turut membincangkan peluang kerjasama strategik antara PBSD Bentong dan Kolej Komuniti Bentong, khususnya dalam penganjuran program pembangunan belia, kesukarelawanan, kepimpinan serta aktiviti komuniti pada masa akan datang.

Pertemuan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan dua hala serta membuka lebih banyak ruang kolaborasi yang memberi manfaat kepada belia di daerah Bentong secara keseluruhannya.  

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Bentong

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search