PERTANDINGAN DART MERIAHKAN KARNIVAL ROCKET NEW YEAR X YOUTH HUB, TARIK PENYERTAAN SELURUH SEMENANJUNG

PERTANDINGAN DART MERIAHKAN KARNIVAL ROCKET NEW YEAR X YOUTH HUB, TARIK PENYERTAAN SELURUH SEMENANJUNG

KUANTAN, 6 Januari – Pertandingan Dart sempena Karnival Rocket New Year X Youth Hub telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bertempat di Megamall Kuantan, Aras LG, dengan penyertaan peminat sukan dart dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia.  

Program ini merupakan kolaborasi strategik antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, D’Makmur Dart Club dan Rocket Event, bertujuan menyediakan platform kompetitif yang sihat kepada golongan belia, memperkukuh jaringan sukan rekreasi di peringkat nasional, serta menawarkan aktiviti santai berkonsepkan keluarga kepada pengunjung karnival.   

Pertandingan mempertandingkan kategori Beregu dan Individu bagi acara lelaki dan wanita, melibatkan 110 beregu dan 133 peserta individu, sekali gus mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan.  

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Encik Shafrul Haji Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan suasana pertandingan berlangsung meriah, kompetitif dan penuh semangat kesukanan sepanjang penganjuran.

Secara keseluruhannya, penganjuran ini membuktikan bahawa kolaborasi kukuh antara JBS Pahang dan rakan strategik mampu melahirkan program belia berimpak tinggi serta menyokong pembangunan belia yang aktif, sihat dan berdaya saing.  

"JBS Pahang, Number One" 

Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Belia

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardsportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 11:34:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search