- JBS Pahang
- Hits: 21
MAJLIS JASAMU DIKENANG WARGA KERJA PBSD MARAN
- JBS Pahang
- Hits: 21
MARAN, 31 Disember – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Maran telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang bagi menghargai Encik Saiful Nizam Mohd Ali pada 26 Disember yang lalu. Beliau akan memulakan tugas baru di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Selangor bermula 29 Disember ini.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghargaan ini diadakan sebagai tanda terima kasih atas komitmen, khidmat bakti serta sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di PBSD Maran.
Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Saiful Nizam atas tenaga, perkongsian idea serta kerjasama yang telah diberikan, selain mendoakan kejayaan dan kecemerlangan beliau di tempat baharu . Seluruh warga kerja PBSD Maran turut merasa kehilangan seorang kawan sekerja yang baik dan berdedikasi.
Semoga pengalaman dan ilmu yang dimiliki terus memberi manfaat serta menyumbang kepada pembangunan belia dan sukan negara.
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan Oleh :
PBSD Maran
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
