- JBS Pahang
- Hits: 29
PENUTUP SIRI 2025 PROGRAM SENAMAN AKTIF WARGA EMAS DAERAH JERANTUT
- JBS Pahang
- Hits: 29
JERANTUT, 30 Disember – Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 10 Peringkat Daerah Jerantut telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Disember yang lalu, di Kompleks Sukan Jerantut bermula jam 8.00 pagi, sekaligus menjadi siri terakhir bagi tahun 2025.
Program ini yang merupakan anjuran bersama Dieva Aerodance Club, berjaya menarik penyertaan seramai 95 orang warga emas dari pelbagai agensi dan komuniti setempat. Antara agensi yang terlibat ialah Klinik Kesihatan Bandar Jerantut, Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Jerantut, Puspanita Daerah Jerantut serta Pesara Angkatan Tentera Malaysia.
Selain aktiviti senaman berkumpulan yang bertenaga dan menyeronokkan, program ini turut memberi penekanan kepada aspek kesihatan, kecergasan fizikal serta kesejahteraan warga emas, selaras dengan usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan golongan berusia.
Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkasakan warga emas agar kekal aktif, sihat dan berdaya saing dalam komuniti, dan menutup tirai aktiviti kecergasan tahun 2025 dengan penuh bermakna.
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Jerantut
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
