- JBS Pahang
- Hits: 35
SUBUH FIGHTER DAN TAZKIRAH SUKA & RELA MENGISI ROHANI ANAK MUDA
- JBS Pahang
- Hits: 35
RAUB, PAHANG – Hari kedua sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) 2025 Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Felda Lembah Klau, Raub dimulakan dengan penuh semangat, disiplin dan penghayatan nilai kesukarelawanan dalam kalangan peserta.
Program seawal pagi diserikan dengan pengisian “Subuh Fighters” yang menghimpunkan para belia dan sukarelawan untuk solat Subuh berjemaah, sekali gus membentuk kekuatan rohani dan jati diri sebelum meneruskan aktiviti harian.
Pengisian diteruskan dengan Tazkirah bertajuk “Suka & Rela” yang disampaikan oleh Saudara Abdul Hafiz Bin Mad Radzi atau lebih dikenali dengan nama PU Angah, menekankan konsep keikhlasan, pengorbanan dan semangat sukarela sebagai teras utama dalam gerakan kesukarelawanan belia. Tazkirah tersebut berjaya menyuntik motivasi serta kesedaran mendalam tentang peranan belia sebagai agen perubahan masyarakat.
Pelaksanaan program hari kedua jelas mencerminkan komitmen tinggi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang (JBS Pahang) dalam memperkasa budaya kesukarelawanan, selari dengan aspirasi melahirkan belia yang berdisiplin, berakhlak dan berdaya saing.
