- JBS Pahang
- Hits: 32
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS MERIAHKAN KOMUNITI SETEMPAT
- JBS Pahang
- Hits: 32
LIPIS, 4 Disember – Lebih 40 orang warga emas menyertai Program Senaman Warga Emas anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Lipis dengan kerjasama Pusat Aktiviti Wargaemas Daerah Lipis.
Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas melalui aktiviti fizikal ringan seperti senamrobik, regangan dan senaman berirama serta Fun Walk. Aktiviti dijalankan secara santai dengan iringan muzik dan dipandu oleh jurulatih bertauliah KBSi Puan Wan Ellia Wan Sohaimi.
Turut sama-sama bersenam dan berjalan santai bersama peserta ialah Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis,Puan Nurul Azwa Abdullah Zawawi Penyelia Pusat Aktiviti Wargaemas Daerah Lipis (PAWE), Encik Syahrul Azfar Badarzaman Pembantu Penyelia Pusat Aktiviti Wargaemas Daerah Lipis (PAWE).
Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini mampu membantu meningkatkan kecergasan fizikal, kestabilan dan kesihatan mental golongan warga emas selain ianya dapat membantu mereka terus aktif, sihat dan ceria bersama komuniti.
"JBS PAHANG, Number One”
Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNkomited
#teamjbsPahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
