- JBS Pahang
- Hits: 44
SWE AKTIF SEMAKIN DIGEMARI WARGA MARAN
- JBS Pahang
- Hits: 44
Maran, 3 Disember – Program Senaman Warga Emas (SWE) Aktif Peringkat Daerah Maran Siri 7 diteruskan lagi hari ini. Bertempat di perkarangan Masjid Asy Syakirin Daerah Maran, seramai 45 orang peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti sihat dan penuh cergas ini.
Sesi regangan badan terlebih dahulu dimulakan oleh instruktur Zin CK Fendy diikuti dengan senaman ringan yang berlangsung kira kira 30 minit. Senaman berimpak rendah ini melibatkan pergerakan yang mudah dan tidak meletihkan. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Maran ini mendapat kerjasama padu daripada Kelab Asy Syakirin Maran. Sesi bergambar mengakhiri program pada hari ini.
Diharapkan program sebegini menjadi titik mula dalam membudayakan sukan dalam kehidupan. Maran sihat, cergas dan ceria !
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan Oleh :
PBSD Maran
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
